Saturday, 4 June 2011

SiNoPsiS CiTeR JUVANA tv3 EpIsOd 7.. (isnen nie)..

 Daim pula meneruskan pelajarannya dengan membaca buku-buku yang ditinggalkan Cikgu Zakiah. Namun begitu, ketiadaan Cikgu Zakiah begitu terasa oleh Daim. Biarpun sudah mula memperkuatkan ilmu pengetahuan, Daim jelas masih tidak dapat menyingkirkan perasaan takutnya terhadap Botak.

Cikgu Zakiah pula pulang ke rumah ibu bapanya. Kita lihat yang bapanya pandang rendah terhadap profesion guru. Kesemua adik beradik Zakiah merupakan ‘high-achiever’: doktor, peguam, tokoh korporat dan sebagainya. Bapa Cikgu Zakiah seakan m
alu bahawa anaknya seorang guru, yang dianggapnya profesion yang tidak ada masa depan. Zakiah semakin tertekan, dan hanya ibunya yang tetap memberikan semangat.

Di sekolah, kita melihat ada pelajar baru sampai: Kedah, seorang budak berumur 12 tahun. Biarpun muda dan bersaiz kecil, Kedah begitu berani berhadapan dengan keganasan Botak. Kehadirannya menginspirasikan Daim. Kedah pula mudah berkawan dengan Dai
m. Lagipun, entah kenapa, Kedah selalu berkata yang dia seperti pernah nampak muka Daim, tapi tak tahu di mana. Keberanian Kedah yang telah memporak perandakan hidup Botak, membuatkan Daim turut berani.

Zakiah akhirnya membuat konfrontasi dengan bapanya, dan bersemangat untuk mengajar semula. Tony pula bekerja balik di sekolah itu. Dia begitu marahkan Daim serta Apek dan mula mengambil langkah untuk membuat kehidupan mereka sengsara

NOTEjgn lupew nengok k..  :) .. 

6 comments: